Monday 23 June 2014

Kek Minyak Kukus

Ramai lak yg btanya kek minyak kukus ibu upload semalam...actually sblm ni dh penah share resepi dlm blog ni tapi sbb x cantik sgt kot...hihihi...

ok semalam untuk yg kedua kalinya thasil plak kek minyak kukus kedua dr ibu... tarraaa....





ok ni la kek nya...actually resepi google ni... bukan rekaan sendiri k... ambik kat blog org gak pn....tp dah kawan2 tanya ibu share je la ye...kepada pemilik blog http://ceritadanishdanumi.blogspot.com tq ya..i ambik dr blog u ye so thanks a lot....

ok jom layan resepi kek minyak kukus ni ye....

Bahan-bahan:
5 biji telur dibasuh hingga besih
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu besar ovellete
1 cawan minyak masak (saya guna minyak biasa je yg ada kat rumah)
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dlm 10min kot tgk la dah kembang tu kira ok la.
2. Bila telur dah kembang, masukkan ovelette, esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
3. Masukan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi sekadar untuk adunan bergaul rata.
4. Akhir sekali masukkan t.gandum dan gaul lagi hingga rata.
5. Kemudian bahagiakan adunan kepada 3 bahagian dan bancuh menggunakan warna kegemaran. 
6. Lenser loyang dgn sedikit mentega
7. Part yang paling seronok utk melapiskan adunan secara berselang seli. Ambil satu senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah loyang. Mula la melapis berselang seli dengan warna-warna yang ada hingga habis.
8.kukus kek selama 45 minit atau sehingga kek masak.
9. nak tau masak dak cucuk ngan lidi..kalau x melekat kat lidi tu kira masak la...

ok siap boleh potong makan panas2 mmg sedap...sejuk pn sedap gak...hihihi...


**mood masak mai lagi**

Thursday 29 May 2014

Hayfa Meals I - Bubur nasi epal

Bismillah... dengan nama Allah..Alhamdulillah  dipanjangkan lagi usia ku dan insan2 yang ku sayang...

ok entry kali ni nk story pasal meals buah hati ibu..sebenarnya dah lama cik hayfa ibu ni start makan tapi biasa la kesibukan ibu menghalang ibu nak abadi kan dalam blog ni.. blog ni pun dah lama sunyi sebenarnya... ok skrg konon2 nya nk start mbloger semula la..ala blog ni pun bukan utk apa..utk di simpan sebagai kenang kenangan nanti je...

ok2 dah panjang lak melalut.. ni nak abadikan resepi utk hayfa kali ni..smlm pengasuh bgtau hayfa dah tak berapa nak bubur yg ibu selalu buat tu...

bubur yang selalu buat sebelum ni nnt ek kita bg resepi nya...satu lg nak bgtau aku ni jenis tak simpan stock makanan dalam peti ais ye..memang byk blog2 yang story pasal boleh simpan stock meals baby macam simpan ebm tapi sebab so far rasa cam sempat je masak pagi2 so tak yah la simpan2 stock ni...nk bg cik hayfa yg fresh la ..dulu masa along ngan angah ibu bg yg ready je sbb kekurangan ilmu..kesian along n angah...ni time cik hayfa ibu dah byk baca pasal pjagaan baby so ibu try the best utk anak ibu k...

berbalik pada entry kali ni..actually nak share resepi bubur nasi epal..cewahh konon2 nk bg hayfa tukar rasa lak..tp sebenarnya ibu dah bg hayfa macam2 bubur dah cuma tak letak dlm blog je..nnt ye kalau buat lps ni kita save dlm blog ni ye....

ok untuk bubur nasi epal ni bahan2nya...

Epal
Beras 
Air

ala mudah je pn..saja ni gatal nak share....

ha ni epal ye anak2..hikhikhik...

potong la epal tu then rebus...cam gini...

ni dah siap rebus ye..epal akan jadi kuning2 skit..tak yah lama rebus ni dalam seminit dua je sbb epalkan dah mmg lembut..dah siap rebus then biar sejuk ye.. air rebus tadi jgn buang ye..masukkan beras yang dah siap basuh...bkn apa nnt rasa epal tu akan resap skali dalam beras yg kita masak tu...ala jimat air sama kan...

ni beras yang sedang dimasak ye...nak bg lembut kena tambah air..masak bg  beras jd nasi lembik ye...senang nak blander...ok dah nampak jd nasi lembik...sejukkan then blander la ngan epal tadi....


ok ni hasil yg dah siap di blander ye...simpan dalam bekas kecik2 cam gini then boleh la bg kat pengasuh..senang nnt pengasuh terus je bg cik hayfa makan... sedap bubur nasi epal ni..sempat gak rasa skit...hihihi...biasa hayfa sehari akan makan 2 bekas ni habis.. so bekas yg ketiga tu je la simpan dalam peti ais utk esok...tp esok akan masak yg lain gak sebagai tambahan...so ceritanya actually tiap pagi mmg akan masak utk bekal hayfa...bukan rajin sgt pun tapi just nk yg tbaik...



ok next entry kita akan share resepi lain lak ye....

tata...

-terima kasih Allah-


Tuesday 27 May 2014

Kek Minyak Simple

Al kisah di hari cuti....

saja la gatal google resepi... terjumpa satu resepi yg nampak cam senang la..congak2 bahan2 semua ada.. so dalam kelam kabut bperang ngan dak Hayfa yg sentiasa nak bdukung tu sempat gak menguji skill buat kek...ha ha ha..tak penah buat kot sebelum ni... nasib la menjadi...

jom2 tgk bahan2...
bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
(ayak dua2 bahan ni ketepikan)

bahan B
1 sudu teh ovallate
1 sudu teh vanila esen
1/2 cawan gula
5 biji telur gred B
(bland bahan di atas sampai kembang)

bahan C
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

cara2...
mula2 ayak bahan A ketepikan...kemudian blend bahan B...setelah bahan B nampak kembang dan keputih-putihan masukkan bahan C dan teruskan blend semua bahan ni sampai kembang lagi skit...dah bahan2 tu kembang elok masukkan bahan A sedikit demi sedikit guna kaedah kaup balik...(ala kacau la camne pn janji sebati dan tak bketul)
bahagi kan kepada beberapa bahagian dan titik pewarna mngikut warna kesukaan...
then masukkan dalam loyang secara bselang seli...

macam ni la lebih kurang


dah abis tu kukus... pastikan air kukusan dah betul2 mendidih ye...
dalam 40minit kek siap...

dan ini hasil nya ye...kejap je licin anak2 makan..sedap katanya...


alhamdulillah anak2 suka...nnt ibu buat lagi ye..ni first trial...kihkihkih

**mood gila memasak**




Wednesday 26 March 2014

Anugerah Terindah

Dengan namaMu ya Allah..aku panjatkan kesyukuran atas setiap kurnian yang Kau berikan padaku...

Dengan lafaz Bismillah...

alhamdulillah dah hampir 6bln usia anak ke tiga aku... NUR HAYFA NUHA... Anugerah Illahi yg ketiga bukti cinta antara aku dan suami... sememangnya dah lama nak share kisah kelahiran Baby Hayfa tapi kesibukkan ibu membatasi segalannya...hihihi..

emm nk ibu mulakan dari mana pun ibu tak tahu sebab kalau ikutkan tak cukup dengan kata-kata yang boleh ibu gambarkan betapa ibu bsyukur dan bertuah di anugerahkan permata-permata hati ini..

kesakitan melahirkan kalian tak ibu anggap sebagai kesakitan sama sekali..malah ianya satu nikmat yang Allah beri untuk ibu rasa... walaupun ibu tak diberi peluang merasa bagaimana melahirkan kalian seperti fitrah seorang ibu normal tapi pada ibu apa jua cara kelahiran itu adalah satu anugerah Allah...

Ceaser atau normal bukan lagi persoalan penting bagi ibu... biar pun setiap kali ada yg membuka bicara dan bertanya tentang kelahiran ceaser byk psoalan yang diajukan..."kenapa ceaser?" "brapa kali lg blh bsalin?" "kenapa tak tunggu bsalin normal?" dan mcm2 lagi.. dulu ibu mngaku penah tdetik dalam hati ini "salahkah aku melahirkan kalian dengan cara ini..?" tapi lama kelamaan ibu pasrah dan redha... apa jua cara itu adalah kehendak dan ketentuan Illahi..

Dan dek kerana redha itu la ibu dapat rasakan kelahiran kali ke3 ini sangat bbeza... ibu langsung tak rasa takut dan gementar.. malah sewaktu ibu di tolak masuk ke bilik operation ibu masih sempat tsenyum memohon restu dan doa abah.. dan sepanjang proses pembedahan dilakukan ibu rasa sangat tenang... tau2 anak ibu dah selamat dilahirkan...

waktu ibu ditolak keluar dari bilik pembedahan mbuak2 perasaan untuk menatap dan memeluk ank baru ibu, tapi prosuder hospital mbataskan keinginan ibu utk bbuat demikian.. ibu diberi ruang berehat sepenuhnya..ibu hanya mampu menatap wajah ank ibu dlm hp abah... ibu tak dapat menahan airmata gembira dan bsyukur tatkala melihat raut wajah ank ibu.. tak sabarnya ibu nak peluk ank ibu... abah janji lepas selesai semua abah akan minta nurse bawakan Baby Hayfa jumpa ibu...

dan ini pertemuan petama kita... wan,along angah n abah pn teruja bila first time bsua..


pandangan pertama buat wan...

pandangan pertama dari Hayfa buat ibu...




Friday 11 October 2013

Kelahiran Yang Dinanti - 2

7/10/2013

kurang lebih 4minggu sebelum tarikh yang dinanti... balik kerja maghrib tu selepas selesai solat dan makan tetiba terasa mcm sesuatu menusuk di bahagian bawah perut aku.. sampaikan nk bangun nak jalan pun sakit.. apakah petandanya ini.. takut, risau, gerun semua ada.. macam2 yang bmain dlm kepala masa tu.. en hubby pun mula resah gelisah.. untuk tak terus di selubung rasa risau aku tido awal..

8/10/2013

bangun untuk solat subuh sakit yang aku rasa semlm sepertinya tak bkurangan.. sakit yang amat bila nak bangun dan berjalan.. jadinya tpaksa la en huby ambik cuti untuk jaga aku.. disebabkan bimbang dan tak tahu kenapa aku rasa sakit yang amat bila nk bjalan.. kami ambik keputusan untuk ke klinik.. tak berani nak ke hospital memandangkan aku memang tak boleh bsalin normal.. risau takut kalau2 doc nk ceaser awal.. byk lg persiapan yang belum dibuat..
hasil pemeriksaan di klinik doc bgtau kandungan aku ok.. cuma disebabkan baby dah mula masuk ke laluan yang betul jadi tekanan tu buat aku rasa sakit.. cuma saranan doc memandangkan aku tak boleh bsalin normal.. doc sarankan aku ke hospital segera kalau sakit bertambah atau ada tanda2 lain.. sedikit sebanyak saranan dan penerangan doc membuatkan kami rasa masanya hampir tiba.. untuk tunggu hingga 30.10.2013 tu rasa dah semakin tipis.. jadi blk dari klinik walaupun tak larat dan ada rasa sakit kami tpaksa menyediakan apa yang belum dibeli.. selain tu ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan sebelum bsalin kami selesaikan segera.. risau kalau2 tpaksa bsalin awal..

9/10/2013

kesakitan yang aku harapkan bkurangan tak jugak menampakkan tanda untuk bkurang.. terasa masih menyucuk dan nyilu di bahagian ttentu.. jadi keputusan nya rujuk ke hospital... aku dah semakin yakin bahawa kelahiran ini mungkin perlu dipercepatkan...
masuk saja ke dalam bilik doc.. belum sempat aku terangkan apa yang aku rasa doc tlebih dulu menyebut secara detail apa yang aku rasa.. takde satu pun yang keluar dr mulut dia yang boleh aku sangkal.. setiap penerangan dia tepat dan memang itu yang aku alami.. lega bila doc bgtau yang itu adalah normal memandangkan ini kehamilan aku yang ketiga dan di kuatkan dengan faktor usia dan kerapuhan tulang.. baru aku sedar yang mngandung dlm usia 30an amat bbeza dengan mngandung pada usia 20an.. nak tak nak.. mahu tak mahu kena akui.. yang setiap kandungan akan bbeza kerana byk faktor terutama faktor usia dan kesihatan si ibu...doc sarankan yang kelahiran baby ku di awalkan skit dari tarikh asal.. so tarikh baru adalah pada 21.10.2013...insyaallah moga semua nya selamat.. sebelum balik sempat doc mengingatkan en huby macamana rasa seorg isteri yang mengandung.. doc kata nnt blik u ikat beras 5kg kat perut. then bawak 10bln.. apa rasa?? hihihi.. tp aku tak rasa yang en huby perlu buat semua tu sbb layanan yang dberi selama aku mgandung ni mmg dah cukup mgambar kan yang dia faham apa aku rasa.. aku rasa dia dah lebih mngerti.. thanks tu u abah.. love u ever n ever...

Monday 30 September 2013

Kelahiran Yang Dinanti...

Assalamualaikum..

terlalu lama rasa bcuti dari mencoretkan sesuatu dalam blog ni.. perasaan malas dan tak larat sejak mengandung menyebabkan idea tak datang... tp hari ini.. mood kembali.. dah semakin hampir saat2 yang amat aku nantikan...

kelahiran hadiah perkongsian hidup aku dan suami insyaallah akan lahir sebulan dari tarikh hari ini... 30.10.2013 adalah tarikh dan detik yang sangat aku nnt kan buat masa ini... insyaallah pada hari itu nnt akan lahir seorang lagi puteri kesayangan kami..

insyaallah andai tiada apa yang berlaku dan segalanya berjalan seperti yang dirancang.. tanggal tarikh tersebut aku akan menjalani proses kelahiran secara ceaser/operate buat kali ke 3... bukan atas kehendak bukan atas kemahuan tapi setelah 2 kali menjalani proses tersebut secara automatiknya doctor tak membenarkan aku melahirkan secara normal... dalam hati ada tdetik ingin merasa bersalin secara normal seperti ibu-ibu yang lain.. tp andai telah ttulis aku tak mampu.. aku redha.. sekurang2 nya aku bpeluang mengandung dan melahirkan... masih ramai diluar sana yang tak bpeluang mengandung dan punyai zuriat.. jadi pada aku bukan la satu kekurangan walaupun tak dapat melahirkan anak secara normal.. alhamdulillah syukur...

kepada puteri2 ibu.. ibu redha atas kesakitan yang ibu perlu tanggung untuk melahirkan kalian.. ibu redha ini suratan untuk ibu.. sakit yang ibu tanggung ni tak setanding dengan nikmat yang Allah bagi.. hadirnya kalian sejuta kali lebih dari apa yg ibu perlu tanggung...

Terima Kasih Allah...

Monday 26 August 2013

KEMBARA SAHABAT SELAMANYA - PART 4

Assalamualaikum...

first of all nk minta maaf byk2 la ye sbb lama korang tunggu kisah Kembara SS ni.. dah lapuk pun story ni, tp masih segar dalam ingatan SS aku pasti..

ok part 4.. setelah selesai kereta paksu dibaiki dan selesai anak2 merehatkan diri di masjid tu kitaorg pun menyambung pjalanan menuju ke Kuala Merang Terengganu.. destinasi yang sangat2 la nak dituju pada saat ini iaitu... Merang Suria Resort..kitaorang sampai pun dah maghrib.. jadi impian anak2 nk terjun kolam terpaksa ditunda ke hari esok.. kesian..


ok selesai urusan check in oleh para bapa.. para ibu dan anak2 dah ready utk mandi manda menyegarkan badan dan merehatkan badan.. aku lagi la penat yang amat dengan keadaan bbadan dua ni dan dengan melayan kerenah dua puteri aku tu mau tak penatnya.. selesai semua mandi, solat dan rehat sekejap kitaorg pn bkumpul semula dengan satu tujuan iaitu makan malam... malam tu xde la dapat makan best sangat pun sbb kebanyakkan kedai dah tutup mungkin sebab lokasi Kuala Merang yang sedikit pendalaman ni membuatkan tak banyak kedai yang beroperasi malam atau mungkin sbb kitaorg yg tak tau lokasi best kot.. tapi apa-apa pun malam tu kenyang la gak walaupun simple.. balik hotel terus tido....

then.. keesokkan harinya.. anak2 yang dah tak sabar nk terjun kolam pagi2 buat dah ready.. ibu ayah sibuk makan diaorang sibuk mandi kolam.. actually ni adalah aktiviti wajib kalau check in.. tak kira la dimana pn kan.. 

selesai makan dan setelah mengamuk sakan ngan bebudak suruh naik kitaorg pn bsiap2 la utk sesi ronda2 di sekitar bandar Kuala Terengganu.. destinasi pilihan adalah Masjid Kristal opekos kan.. then Pasar payang.. dua tempat tu pun dah makan masa satu hari.. maklum la jalan ramai2.. ngan ank2 lagi lari sana lari sini.. gaduh sana gaduh sini.. nangis sana nangis sini..sehari tu jadi cam jap je.. ok kat bawah ni beberapa pic masa kitaorg jalan2.. 

dlm pjalanan tnmpk lak bas ni.. unik sangat.. bas bentuk rumah.. siap ukir2 tu.. cantik sangat..



ok then tiba ke destinasi tmasyur di Kuala Terengganu. Masjid Kristal.. sempat la bposing dan bsolat zohor di situ.. cantik sangat binaan nya..sejuk je bila berada di dalam tu..




ni aksi budak tak makan saman ni.. rileks je baring dlm masjid tu.. tak leh tegur takut mengamuk so biarkan je la.. baring sambil menikmati keindahan dalam masjid tu kan..


selesai Masjid kristal.. kitaorang menuju pulak ke Pasar Payang.. hooreeyyy shopping time.. abah lak horeeyyy ready to keluarkan duit.. hihihi.. tak beli apa pun sebenarnya tengok2 je.. ada la sikit2 sebagai kenangan.. sbb takde la murah mana pn barang2 kat situ.. biasa2 je..


teruja tgk telur penyu..sempat la snap pic telor penyu.. hihii.. tak selera no aku tgk.. along lak teruja tgk buah jambu.. actually lapar kot.. hihihi



 ha ni habuan anak2 aku selain baju kaftan sempat gak diaorg tangkap penyu dua eko ni.. yg kecik2 tu along nk bg cikgu dia katanya.. adik pun sama.. mana pergi cikgu tetap dihati.. tbaik anak2 ibu..


ni paksu melayan kerenah anak2.. budak2 ni dah macam adik beradik.. syok tgk bila diaorg sama2 bgelak..tp bila time usik mengusik tu yg tak tahan.. sbb nnt ada la yg menangis.. tp biasa la anak2..lumrah.. mereka lah racun mereka lah penawarnya...



selesai di pasar payang tu aku tak ingat la plak kemana hala tuju kitaorang.. tp rasanya balik resort kot.. pastu cari tempat makan pusing punya pusing dah tengah malam baru jumpa kedai makan.. konon nk cari yg grand la skit.. tp cam biasa la area resort tu malam je cam takde yg menarik.. semua tutup.. jadi kitaorg pn singgah je la mana yg ada.. ibu ngan abah semua penat dah tapi ank2 cam takde apa.. walaupun tengah malam buta main tetap main.. kejar sana sini sampai kan long naik angin gak la.. hihihi.. ha dah kena jerkah ngan ayah long pn aktiviti tetap sama.. last2 lantak kan aje lah.. hihihi..

tak caya tgk pic kat bawah ni.. takde langsung riak muka penat kan.. anak oh anak.. hihihihi..


oklah tamat la sesi bjalan pd hari ptama.. letih jgn cerita la.. malam balik resort mandi solat dan terus dibuai mimpi...

pjalanan hari kedua pasti bsambung next episod kan.. so tunggu.. hihihi...